CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 February 2012

Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum semua.....
Chocolate cheese cake ni aku buatkan utk officemate aku sbg tanda terima kasih. Sebenarnya pada 22 Jan yg lalu aku mengalami kemalangan. Motor Harley Davidson langgaq belakang kereta aku. Kos repair tinggi jugak. So aku terpaksa claim insuran la.... Insuran aku pulak tu. Apa nak buat walau pun motor tu salah, tp aku x boleh claim dari insuran dia. Mmg prosedur mcm tu. So aku pinjam kereta kawan aku. Dia ada sebijik Mercedez, sebijik Volvo, sebijik Toyota Hilux dan sebijik Satria. Satria ni utk kegunaan anak teruna dia. So dia bagi pinjam Satria tu la... Pada 24 Feb lalu aku dah antaq balik kereta dia. Lega rasanya bila kereta dah siap. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni......


Kalau kena ngan kapcai x jadi mcm ni la......

Feed back dr Jau. Aiman suka sgt kek ni......

19 February 2012

Chocolate Muffin

Assalamualaikum semua.......
Chocolate muffin....mmg favourite anak2. Kalau buat, depa mesti tanya ada lebih ka... Kali ni mmg ada lebih. Aku buat ni krn terima tempahan dr Nadia. Nak rasa katanya. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....

Close-up. Muffin ni mmg sedap bila makan ketika panas lg... Zakwan mkn 3 biji sekali hadap...

Ni yg Nadia order....

Yg ni pula utk jiran sebelah rumah. Masa Kong Hee Fat Choy ari tu dia bg kat aku buah limau dan air kotak. Ni kira balas pinggan dia la....

10 February 2012

Lawatan Ke Kemboja

Assalamualaikum semua.......
N3 kali ni cerita pasai lawatan ke Kemboja pada 6-9 Februari 2012 anjuran Persatuan Kakitangan Islam pejabat aku. Tambang & penginapan sendiri tangguna ya...Sebelum ke sana kami sempat buat kutipan dari ahli Persatuan utk buat aqiqah dan juga sumbangan utk buat madrasah tahfiz. Aqiqah - 3 ekor lembu, madrasah tahfiz - RM7 ribu lebih. Alhamdulillah... syukur kpd Allah. Selain itu kami membawa quran, sejadah, kain telekung, buku tulis & kotak pensil dan juga tudung (sumbangan ahli2 persatuan). Kami sampai d Phnom Penh lebih kurang 8.45 pagi. Pas tu naik van terus ke Kg. RO, Chlong Kratie. Ustaz yg menyambut ketibaan kami bernama Ustaz Khalid, Ustaz Rahman & Ismail. Kedua2 org ustaz ni adalah hafiz & pandai ckp melayu. So no problem lah. Ada juga penduduk lain yg pandai ckp melayu, sbb mrk pernah kerja di M'sia. Hampir 6 jam lebih perjalanan tuk sampai ke kampung tu. Mmg tersgt letih. Penduduk kg sgt kagum dgn kehadiran kami. Pd hari ke 2 kami ke Phnom Penh. Menempuh satu lg perjalanan yg sgt meletihkan. Sepatutnya kami ada program lawatan ptg. tu. Oleh krn keletihan kami semua setuju utk x keluar dan rehat saja d hotel. Hari ke 3 baru mula shopping. Kami tinggal d Hometown Hotel. x jauh dr hotel ni ada satu restoran m'sia. Pemiliknya bernama Haris. So x dak masalah lah bg kami. Breakfast mkn roti canai. Teh tarik dia pun sedap..Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....

Ni gambar p shopping pada hari ke 3. Kami p Russian Market. RM ni kecik. Pas tu p Central Market. Yg ni mmg besaq. x larat nak pusing. Shopping agak ok sbb kedua2 ustaz & Ismail ikut. Jd depa nilah tukang tawar menawar utk kami. Pas tu sempat jugak p supermarket depa.
Ni 20 & 10 USD. Mrk guna USD. Matawang Kemboja d panggil "riel". Boleh jugak guna "riel". Tp depa lg suka US dolar.
Ni 5 & 1 USD.
Penduduk kg mengangkat kotak2 yg. dibawa. Hampir 30 kotak berisi sejadah, telekung, quran, buku & alatulis dan juga tudung.
Ni rumah ustaz yg kami duduk. Ni adalah rumah yg boleh dikategorikan sbg. cantik. Kebanyakkan rumah2 d sini sgt. daif. Ustaz ni seorg hafiz. Biasanya pd bulan Ramadhan ustaz ni d jemput utk menjadi imam terawih utk sebulan. Dr sinilah dia mula kumpul duit tuk buat rumah.
Hari pertama sampai... Kami p melawat madrasah kanak2 ni belajar. Serba serbi kekurangan... Sgt sedih & sayu melihat budak2 ni...
Ni pulak budak2 tahfiz.........
Hari kedua majlis kenduri lembu aqiqah. Kami bawa gula2 tuk budak2 ni. Tgklah... kesian sgt. Berebut2 nak ambik gula2....
Tukang masak... Tgklah gambaq rumah kat belakang tu....
Kami sempat melawat muzium. Ni salah satu tengkorak yg terdpt d muzium tu. Semasa pemerintahan rejim pol pot pada 1975 - 1979 rakyat sgt derita oleh kekejaman rejim ni.. Terlalu byk penganiayaan dan pembunuhan yg dilakukan. Sbb tu lah Kemboja masih mundur lg. Di bandar Phnom Penh mmg sdg membangun. Tp di kg2. amat2 daif. Kanak2 lelaki telanjang tanpa seluar.. Kanak2 perempuan hanya pakai seluaq katok saja.... Boleh dikatakan semuanya berkaki ayam. x mampu nak beli kasut & jugak baju..
Sempatlah pulak ber posing d muzium.....
Lunch di Restoran D'Nyonya M'sian Cuisine........Posing d tepi menu
Ni nasi goreng d'nyonya special. Mmg sedap. rega dia...3.50 USD. Carrot juice USD1.50.