CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

25 April 2012

Chocolate Indulgence Zura

Assalamualaikum semua....
Terima tempahan kek ni dari Zura - Taman Cresentia, Bt. Kawan. Nak celebrate birthday bersama-sama adiknya yg bernama Iwan. Harap2 Zura suka kek ni.......


20 April 2012

Cupcake Hantaran & Tart

Assalamualaikum semua........
Tempahan dari kawan2 pejabat. 50 biji cheese tart, 20 biji fruit tart dan cupcake utk hantaran. Rezeki ari Jumaat.... Tp letih gak la...Maklumlah sbg part timer ni, pas balik pejabat baru nak buat. Sampai rumah kul 6 ptg. Mula buat lepas maghrib, habis buat dah hampir kul 12 mlm. Tp krn minat, letih pun x pa.... Jom layan gambaq2 kat bawah ni....


Yg menempah x ckp nak warna apa.... so pilih warna yg aku suka la.......



Dah lama x buat fruit tart ni......



Dah masuk bekas. Stoberry ni aku beli kat Giant Prai...Yg Cameron Highlands dah habis makan..



Siap semua. Bw ke ofis ari Jumaat pagi






16 April 2012

Chocolate Indulgence

Assalamualaikum semua....
Chocolate Indulgence Cake....pertama kali aku cuba buat sejak p belajaq ari tu. Teringat nak buat atas dua sbb. Pertama, sebelum terima tempahan kita kena cuba dulu... kedua krn ada byk strawberry...maklumlah baru balik dari Cameron Highlands....

Kira ok gak la... first try. Kpd yg teringin nak makan, tp malas nak buat boleh lah calling2.....

Tengoklah strawberry tu....saja nak tayang. Memang fresh dan sedap


Dah siap potong.....

Yang ni utk sahabat baik aku....yg tinggal bersebelahan taman.




15 April 2012

Sosej Roll

Assalamualaikum semua.....
Breakfast ari Ahad. Saja melayan permintaan Zakwan. Mula dah x jadi nak buat. Sbb renyah nak buat. Nak goreng sosej, pas tu canai pula roti, pas tu celup dlm teloq last sekali golek pulak atas bread crumb dan goreng... x ka byk keja tu.... Tapi kesian punya pasai & tinggai dia sorang pulak la ni.. buat jugak lah....



Bila buat sendiri ni puas la makan. Nak letak mayonis & cili byk mana pun boleh....


14 April 2012

CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum semua......
Pada 9 - 12 Apr 2012 aku telah menghadiri satu kursus anjuran Perbendaharaan M'sia dgn kerjasama pejabat SUK Neg. P.Pg. d Cameron Highlands. Nak tau tajuk kursus, ha...tgk gambaq kat bawah ni..Utk pengetahuan semua, masa gempa bumi ari tu, gegaran terasa sampai d Cameron. Masa tu kami tgh dok relak ataih katil. Tiba2 rasa katil bergerak. So rakan sebilik aku kata, kak jom kita turun. So kami pun turun lah. Pas tu naik semula. Jom layan gambaq2 semasa d Cameron kat bawah ni.....

Ni gambaq ahli kumpulan bersama penceramah...
Ni sebelum gegaran. x sabaq nak jalan dah.... Sempat gak lah posing tepi bas tu...
Bunga ros... x tau nak pilih yg mana satu... Naik rambang mata...
Akhirnya, bunga2 nilah jadi pilihan aku....paling suka warna kuning tu..
Cantik kan bunga ni... Tapi aku x tau nama bunga ni...
Mahalnye.... biasalah kan...
Beli gak satu... Teh tarik mesti minum... teh kat sini memang sedap
Gambaq ni kat Bharat Tea Plantations..
Cewah...jadi Siti Nurhaliza lah pulak. Tgklah.. cokelat pun x lekat. Nak tau rega brp? 3 cucuk tu RM5. Masa otw balik, kami singgah beli stoberry..
Yg ni baru sedap... Tgklah cokelat mcm mana? Yg ni cokelat buatan sendiri, memangla sedap...
Hai nampak mcm sedih je... Mlm last kami d jamu steam bot. Siap ada karaoke lg... Aku jadi penonton saja...Steam bot is not my taste. First time makan. Memang x brp boleh makan
Ni pinggan aku. Aku hentam udang & nasi goreng saja. Sib baik ada nasi goreng ni....

08 April 2012

Cheese Tart

Assalamualaikum semua.....
Agak sibuk ari ni. P tgk Naufal d asrama tengah hari tadi. Pas tu balik kemas baju. Esok aku nak p kursus d Cameron Highlands. Dengaq mcm seronok kan... Tp tengok program kursus tu...ada kelas sampai mlm. 11hb pun kursus on jugak. Sbb dah rancang dr awal. Cuti umum pun jln jugak. 11 April 2012 adalah hari pertabalan yang dipertuan agung.. so ari tu di istihar cuti umum la. Berbalik pd tempahan cheese tart yg aku buat utk ari Jumaat. Ni kira repeat order la... Last week pun Mas order gak. Tp kali ni 30 biji saja...

02 April 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum semua.....
Dah masuk bulan April. Begitu cepat masa berlalu. Tinggal 9 bulan saja lagi 2012 akan meninggalkan kita. Rasa mcm baru sgt menyambut thn 2012. Oklah berbalik pd cerita tempahan kali ni. Tempahan apam dot2 dtgnya dari Ummi - pelatih dr Bhgn. Kewangan. Nak surprisekan adiknya Amirah sempena harijadi ke 14.
Cute jugak ye...