CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 July 2012

Marble Cake

Assalamualaikum semua........
Tempahan hari Jumaat & merupakan tempahan terakhir sebelum Ramadan. Marble Cake....marble x brp menjadi. Hentam sj lah Labu....Nampak sikit2 marble pun kira ok lah..Dah masuk 6 Ramadan baru nak update. Rasa mcm x dak masa & x sempat....Masa berlalu begitu pantas


19 July 2012

Tempahan Raya

Assalamualaikum semua.........
Aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut puasa kepada semua pengunjung blog ini. Yang pasti masing2 dah sibuk menyiapkan baju raya anak2. Kuih raya dah siap tempah sebelum posa lg (termasuklah aku). Tp janganlah pulak kita lupa utk meningkatkan amalan sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini (ingatkan diri sendiri). Kepada yg malas atau x dak masa utk buat dan ingin menempah apa2 kek yg ada di blog ini bolehlah sms aku. X semua gambar kek yg dpt disertakan. Harga yg tertera adalah harga promosi ye... Sempena raya ni sj tau.....Jom kita tengok gambaq2 kek kat bawah ni...

 Chocolate Indulgence - RM60.00 (without strawberry)
 American Walnut Brownies - RM40.00

 Russian Black & White - RM70.00

Carrot Walnut Cheese Cake

Cheese Tart

Assalamualaikum semua.....
Tempahan hujung Syaaban. Terima tempahan dari Nora yg. tinggal setaman ngan aku. Kebetulan lah pulak. Semasa berbalas sms, finally baru dpt tahu kami tinggal setaman. Nora tempah 70 bijik cheese tart,  tp x sebut flavour apa. So aku buat flavour strawberry & blueberry. Lebih kurang kul 9.30 mlm aku p hantar ke rumah Nora. Tengkiu very much Nora...Hope u like it.....

15 July 2012

Naufal.........

Assalamualaikum semua.....
Hari Khamis (5 Julai) Naufal telefon bg tau aku dia demam. So aku pesan suruh dia minum 100 Plus. Hari Jumaat kul 12.30 tgh dia call suruh aku p ambik dia. Aku keja ari tu. Kul 2.45 ptg aku bertolak dr pejabat terus ke Gopeng. Naufal sempat bersekolah d Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART), Tasek Gelugor selama 4 bulan saja. Pas tu dia dpt offer ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  Gopeng. Dia demam panas. Warden bw dia ke Klinik Kesihatan Gopeng. Memandangkan masih x dak perubahan esoknya (Sabtu) aku bw Naufal ke Kids Carer Specialist di Prai. Tp demam Naufal masih x berubah. So ari Ahad (8 Julai) aku terus bw Naufal ke KPJ Penang Specialist Hospital di Bandar Perda, BM. Naufal dimasukkan ke wad paedatric. So aku pun masuk hospital jugaklah. Bermalam d sana selama 3 malam 4 hari. Ari Rabu ptg baru discharge......

 Hari pertama Naufal di hospital.......
The next day......

Apam Dot2

Assalamualaikum semua......
Terima tempahan dari jiran se taman. Sebenarnya Yan nak apam dot2 & cream puff. Tp aku x sempat nak buat kedua2nya. Maklumlah kedua2nya kena buat sebijik2, Lepas sembahyang maghrib aku mula buat. Yan nak Sabtu pagi (7 Julai) Jd x sempat la.... Yan nak apam dot2 ni 100 bijik. Nak d jdkan cerita, tengah dok buat gas pulak habis...aduh...mcm mana nak buat ni...Esok pagi2 p kedai. Malangnya x dak org pulak nak hantaq gas. So terpaksalah aku minta maaf ngan Yan. Yg aku sempat buat hanya 50 bijik saja....



06 July 2012

Orange Butter Cake

Assalamualaikum semua....
Tempahan 2 biji orange butter cake diterima dari kawan pejabat. Kemarin dah buat sebiji tp lupa nak ambik gambaq. Sampai rumah terus cari bahan2. Sebelum maghrib sebijik dah masuk oven. Lebih kurang 8.30 mlm sebijik lagi pulak masuk oven. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni.....

Yang sebijik ni tuan dia minta d slice siap2


 Dah siap masuk kotak
Bawa ke pejabat utk deliver