CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 November 2013

Restoran Qasar Hadramawt

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..........
Pada 24 Nov yg lalu, kami sekeluarga telah berkunjung ke Restaurant Qasar Hadramawt utk dinner. Our first time here. So apa yg kami makan? - 1 set Chicken Mandy, 1 set Lamb Mandy, 1 set Grilled Chicken, 2 Mushroom Soup..... Ni pun dah terlebih kenyang. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni... 

 Kepada yg ingin nak p... ni dia alamatnya.
 Jenis2 sup yg ada di restoran ni....
 Ni Chicken Mandy.... Lamb Mandy x sempat nak ambik gambaq...
 Yg ni Grilled Chicken... Sopan gitew....
 Jeng..Jeng...Jeng... Ni dia...It tastes quite well...
 Sempatlah pulak berposing kat luaq tu....

Dah selesai..... sampai tinggai tulang... :-D.

24 November 2013

Mini Snowy Cheese & Cheese Tart


Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Tempahan hari Jumaat (22/11/13). Mini snowy cheese meleleh ni tempahan dari kawan2 ofis. Mmg tengah hot pasai meleleh ni.... :-p. And also cheese tart ni... As usual repeat order from my regular customer Jun. Anak dia suka cheese tart ni. Anum order gak - cheese tart & mini snowy cheese leleh ni... Jom layan gambaq2 kat bawah ni...

 Snowy Cheese........
Cheese Tart....
Kepada yg menempah terima kasih banyak2 kerana sudi order dari kak. Klu ada apa2 kekurangan harap maaf lah yer...... : D.

21 November 2013

Macaroni Cheese Meleleh......


Assalamualaikum semua........
Masih x jemu2 menuntut ilmu.... Kali ni p belajaq dengan Sifu Rozie Sharkawi d Taman Jati Kulim pada 15 Nov yang lalu - Lasagna & Macaroni Cheese. Dah pernah cuba buat, resepi dr tenet. Nama pun resepi tenet.... al maklumlah. Tp bila rimau lompat dr bag semuanya menjadi : D. Memang terbaik lah... Rasanya sgt memuaskan. Ehmmm... simply delicious - mesti cuba ni.  Kepada yang berminat boleh lah call/sms/whatsapp ke no: 019-4882810.  Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....
 Macaroni Cheese Meleleh.....
 Lasagna - Sebelum masuk oven.
Masih panas lagi nih.... Ehm... baunya pun dah cukup menyelerakan....

18 November 2013

Cupcake Hantaran

                                                           Assalamualaikum semua...........

Tempahan dari kawan ofis.... Hantar pada 15 Nov ari Jumaat. Tengkiu Mas untuk tempahan ni. Ni dah kali kedua Mas tempah. Harap Mas berpuas hati lah yer... Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....


Bila customer x habaq warna yg dia mau... Kita pandai2lah pilih warna. A very nice combination.....

                                       Close-up sikit......


Dah siap untuk deliver........

Syukur.......... Alhamdullilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Akhirnya keputusan UPSR telah diumumkan pada 14 Nov 2013 iaitu pada hari Khamis. So aku bercuti lah pada hari Khamis tu. Hati ni berdebar x tau nak habaq.... Org sebut pasai UPSR dah rasa gelabah. Syukur alhamdullilah... Zakwan mendapat 5A. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....

 Masa ni guru besar sedang memberi penerangan. Ketika ni degupan jantung semakin kuat...
 Pada mulanya pihak sekolah mengumumkan murid2 yg mendapat 4A 1B. Selepas tu baru umum yang mendapat 5A. Ni gambaq bersama sahabat baik dia. Sama2 mendapat 5A...
 Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada 9 Nov 2013. Zakwan mendapat tempat ketiga dan hadiah subjek terbaik bagi mata pelajaran BM Pemahaman, Bahasa Arab & Pendidikan Agama Islam.
 Di samping tu Zakwan jugak mendapat Anugerah Khas kerana telah mewakili negeri Pulau Pinang dlm Majlis Tadarus Quran Sekolah2 Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei yang lalu...
 Gambar Kenangan... Tengok lah blazer tu... Terlebih panjang tangan baju. Blazer yg disediakan oleh pihak sekolah...
 Gambar kenangan bersama Dr. Zuri, Naib Pengerusi PIBG dan Puan Hamidah, Guru Besar SKBK.
Gambar kenangan bersama parents......

11 November 2013

MCB/Cheese Tart/Muffin

Assalamualaikum & salam sejahtera........
Tempahan minggu lepas....muffin, cheese tart dan marble cheese brownies....Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...

 Muffin ni available in two sizes.....D tempah pada hari Sabtu.
 Forever favourite....50 pcs cheese tart ordered by my regular customer... Jun from Tmn. Kasawari. Delivered - Sunday morning.

MCB. Dah lama x buat. Tempahan oleh customer on line dari KL. Utk dihantar kepada kawannya di Sek. Keb. Permatang Damar Laut....  Kepada semua yang menempah, terima kasih diucapkan dan diharapkan berpuas hati lah ye... Maaf di atas segala kekurangan.. : D.

10 November 2013

Cupcake Pertunangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Terima tempahan dari kawan ofis sempena pertunangannya. Dia tempah satu set 16 biji & xtra 50 bijik untuk makan2. Warna dan design dipilih sendiri. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni.... 
 Finishing nya macam ni la...........
 Close-up sikit........
 Ni yg xtra.... utk makan2. Ikut warna tema.......

Dah deliver pada hari Jumaat yg lalu.....  Kepada yg menempah harap berpuas hati ye... Maaf atas segala kekurangan...

08 November 2013

Kuih Koci Pulut Hitam & Karipap Crunchy.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Praktikan apa yg belajaq....Kuih koci pulut hitam.. rasanya mmg sedap. Makan satu mesti nak tambah lagi. Ni aku try buat pada 2 Nov yg lalu. Satu lg yang aku cuba buat ialah karipap crunchy. Alhamdullilah menjadi... Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...


 Nilah hasilnya... x dpt dinafikan kesedapannya.....
 Karipap pusing.... Bila cuba buat dan menjadi pulak tu... mmg seronok....
Ni dah ready utk digoreng.... Gambaq karipap yg digoreng x dan nak ambik....