CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 August 2013

Cream Pufffff.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Cream Puff ni ditempah oleh Nadia sempena open housenya pada 25 Ogos lalu... Nadia order 150 bijik...tapi aku sempat buat 110 bijik je....Ada hal sikit jd x sempat. Sorry ye Nadia...harap berpuas hatilah ye...Maaf di atas segala kekurangan....

 Masih panas lagi ni...........
Dah siap nak deliver...........

22 August 2013

Door Gift - Muffin

Assalamualaikum & selamat sejahtera....
Bahang open house masih terasa. Ah...macam mana nak control ni....di office pun masih x habis lagi jamuan raya. Permulaan jamuan raya oleh main office....pas tu di ikuti oleh bahagian2 pulak....Hampir selang sehari makan free. Masih ada bahagain2 yg belum buat lagi ni....Ok tukar tajuk pulak...cite pasai muffin ni pulak...Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni pulak......


 Dalam proses.....
 420 pcs chocolate muffin sebagai door gift - Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar.
Sempat jugaklah berposing....Ni kat lobby office....

12 August 2013

Puding Lapis Susu/Cupcake

                                                           Assalamualaikum semua........
Syawal sudah masuk hari ke 5. Mcm biasalah open house sana sini. Begitulah jugak dgn pejabat - hampir semua bahagian akan mengadakan jamuan. Ok...jom cerita pasai tempahan cupcake & puding lapis susu. Terima tempahan daripada Syazana sempena pertunangan kakak dia....rasanya ari Sabtu (raya ke 3) Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni.... 

Favourite colour....turquoise & pink masih menjadi pilihan. Aku just ikut apa yg customer nak.....


Yang ni pulak puding lapis susu.... Memang sedap sangat...

Dah siap....Syazana mai ambik. Janji dgn dia jumpa kat stadium.

06 August 2013

Snow Cheese Cake/Cheese Tart/Butter Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Hari ni dah 28 Ramadan. Insyallah tinggal satu hari lg kita akan menjalani ibadah puasa. Sekejap masa berlalu dah nak habis Ramadan. Kini Syawal menjelang tiba. Mudah-mudahan kita telah dapat membuat yang terbaik sepanjang Ramadan yang berbaki satu hari lagi. Kepada semua pengunjung blog aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni.....


 Cheese Tart ni ditempah oleh Zakiah (kawan ofis Jun). Tengkiu very much Zakiah, harap berpuas hati & maaf atas segala kekurangan.
Ada jugak sebijik butter cake tempahan kawan ofis dan x ketinggalan Snow Cheese Cake.....

04 August 2013

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum semua.........
Hari ni dah 26 Ramadan. Dah menghampiri nak sambut Syawal...Mmg sibut sgt la. Bukan sibuk buat kek, tapi sibuk mengemaih rumah. Ari tu dah mengemaih tahap major. La ni dok mengemaih yg sikit2. Keja mengemaih ni mmg x kan habih sampai bila2....Snow Cheese Cake ni d tempah oleh kawan ofis sempena birthday anak dia yg ke 3. Bawa ke pejabat pada ari Jumaat.


Harap Noriza berpuas hati....Terlebih terkurang harap maaf ye........