Assalamualaikum semua.....
Bulan Disember 2011 yg sgt. sibuk. Tanggal 6 Disember bonda tercinta kena "stroke". Masuk hospital Sg. Bakap. Sekejap saja. Mlm yg sama juga dia keluar. Lumpuh sebelah kiri. Mata pejam rapat. Hanya tangan kanan sj boleh bergerak. Bercakap pun x boleh. Kira "unconsious" (x sedar) bukannya koma. Walaupun ada bibik, kami adik beradik ikut giliran jaga mak. Sebenarnya mak tinggal dgn aku. Apabila dah jadi mcm ni aku bawa balik kampung d Air Itam. Pada 24 Disembermak masuk hospital P.Pg. Hampir seminggu d hospital. Pada 30 Disember 2011 bonda tercinta menghembus nafasnya yg terakhir... AlFatihah utk bonda
Ini adalah tempahan dr Azah, Bandar Tasek Mutiara. Azah nak apam 1 Januari 2012. Malam 30 Dis selepas mak aku meninggal, aku sms Azah utk maklumkan yg aku x blh buat apam ni. Lepas sms, Azah x reply pun. Susah hati juga, takut Azah marah. Dik krn sibuk aku terlupa pasal Azah. Selepas pengkebumian barulah aku tgk handphone. Rupa2nya aku x send sms tu. Selepas majlis tahlil aku balik rumah. Esok paginya - 1 Januari 2012 aku mula buat apam ni....
0 comments:
Post a Comment