CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21 December 2011

Russian Black and White

Assalamualaikum semua....


Russian BW ditempah oleh Azura dari Vila Tanjung Permai. Jiran sebelah taman. Nak celebrate birthday family members bulan Disember. Azura dtg ambik sendiri kat umah pd hari Isnin. Harap Azura berpuas hati ngan kek ni...... Sebelum buat kek ni 2, 3 kali gak lah aku telefon sifu aku bertanya. Bukannya apa, nak confirm betoi2 sebelum buat. Jugak kpd kawan2 yg aku sering telefon bertanya....






15 December 2011

Apam Dot2

Assalamualaikum semua...
Tempahan apam dot2 sebanyak 600 biji oleh Lia. Ni kali kedua Lia tempah. Yg. pertama dulu cupcake. Letih jugaklah buat sorang2. Dah tu packing dlm plastik sebiji-biji. Kdg2 apam ni buat hal lah pulak...kalau terlebih panas nanti merkah..... Jom kitan tgk gambaq2 kat bawah ni..
Ni flavour strawberry...

Yang ni pulak flavour blueberry.... Masih maintain dot2..


Yg ni flavour mango. Dah x larat nak mengedot...Nampak x, dot2 dah tinggai dua....


Dah siap semuanya. Jumpa Lia di Tol Bkt. Tambun. Pengantin mai ambik sendiri. Selamat Pengantin Baru Lia.....Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

12 December 2011

Cheese Tart

Assalamualaikum semua..........


Cheese Tart ni di tempah oleh Sham, kawan pejabat aku. Dia tempah 50 biji, kawan dia 50 biji jugak. Tapi 25 utk hantaran dan 25 lagi utk makan. Yang sorang lagi tu ambik kesempatan jugak, nak rasa katanya. Dia tempah 10 biji. Sbb aku x jual 10 biji. Minimum order must be 40 pcs & above. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...........







Ni tempahan Kak Sham... 50 biji. Perasa blueberry & strawberry.



Ni ditempah oleh kawan Kak Sham utk buat hantaran.



Dah siap....25 biji utk hantaran, 25 biji utk makan.


04 December 2011

MCB & Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum semua....
Tempahan dari Akmal, kawan Naufal. Dia tempah MCB & Chocolate Moist Cake.
Selain dari chocolate rice, aku tabur chocolate chip... nampak meriah kan.....

02 December 2011

Mahad Tahfiz Ibnu Sina

Assalamualaikum semua....
Pada 31 Oktober 2011 yg lalu aku hantar Naufal & Zakwan ke Mahad Tahfiz Ibnu Sina (MTIS) d Jln. Bunga Raya, Bukit Mertajam. MTIS ni terletak d belakang Sek. Keb. Jln. Baru. Kalau nak tau pasai MTIS, boleh lah lawat laman webnya. Sebelum ke MTIS aku hantar surat kpd sekolah minta kebenaran utk x hadir ke sekolah mulai 31 Okt. - 18 Nov 2011. Exam dah habih, p sekolah pun dah x belajaq... so aku ambik keputusan utk hantaq kedua2 beradik ni ke MTIS sehingga Dis 2011. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....
Ni Zakwan, tengoklah masamnya muka dia...baru sudah gaduh ngan abang......

28 November 2011

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum semua..........
N3 kali ni aku nak cite sikit pasai lawatan ke Universal Studio Singapore (USS). Aku menyertai rombongan Kelab Sukan & Rekreasi pejabat yg menganjurkan lawatan ini. USS ni masih dianggap Theme Park, belum standard Disneyland lagi... tapi dah ada sikit ke arah disneyland dgn character cartoon nya.
Hari pertama lunch di Singapore. Kami lunch di Restoran Mustafa, makan nasi briyani ayam. Pas 2 shopping di Arab Street. Beli souvenier utk kwn2 yg x dpt turut serta... beli key chain je...
Ni d Marina Bay Sands, Singapore. Salah satu tarikan pelancong yg terkini....
Sempat gak berposing sorang.........
Hari ke 2 kami ke USS. Setiap pengungjung x akan lepaskan peluang utk berposing d sini...
Kami sampai lebih kurang kul 9.20 pagi. USS ni bukak kul 10.00 pagi. Masih d luar studio. Saja nak tayang tiket. Nak tau rega dia, $66 pas 2 kali 2.5, jd RM165.00.
Kawasan ni d namakan Hollywood. Ada mcm2 kat sini ant nya - Star Characters, Universal Studio Stores, The Dark Room dll... Gambaq ni d hadapan salah satu restoran...Celebrity Cafe & Bakery
Ni pun d kawasan Hollywood gak, mcm nak terbang je....
Ni gambaq d salah satu gift shop.. Kami tgk wayang gambaq "Princess Fiona & Shrek In A Fairytale Adventure" Shrek 4-D Adventure. Mmg best sgt... see, hear & FEEL the action right from ur seat. Terasa percikan air ke muka.. Yg x dpt aku lupa pabila terasa labah2 d kaki..Pakat jerit semua org....
Berbaris sebelum ke Dino-Soarin Ride....
Ancient Egypt...Gambaq d luaq. Kami masuk ke dlm utk tgk "Revenge Of The Mummy". Perjalanan dia ala2 roller coaster sikit. Amat menakutkan...tp thrill..... rasa habih suara punya jerit...
Sempat bergambar ngan Kungfu Panda. Jenoh gak berbaris nak ambik gambaq.
Semua ni karekter Madagascar. Punya la posing...Dpt pegang kaki girafah pun jdlah........

18 November 2011

Kelas Di EZBake

Assalamualaikum semua.....
Mencari ilmu lagi........Kelas kali ni dihadiri oleh 20 org. pelajar. Biasanya kelas d ezbake dimonopoli oleh pelajar2 Melayu. Tapi kali ni aku agak terkejut krn pelajar Melayu hanya 3 org sj. 17 org pelajar Cina. Chef pun dok buat tersasul lah pulak. Paih ckp Cina diam terus. Aku pun mecelah.... Chef apa u ckp, I x faham lah. Dia pun terus ckp sorry...Jom kita tengok gambaq2 kat bawah ni..........
American Bake Cheese Cake. Amboi...glamournya nama dia. Kpd penggemar cheese anda x akan menyesal rasa kek ni......ehm...very delicious
Ni pulak walnut brownies. Nampak x walnut kat atas tu... mmg sedap. With every bite u can feel the crunchy walnut. Ehm.....
Yg ni Tiramisu. Rasanya mcm aiskrim....melting in ur mouth & it must be served cold. Mmg sedap banget..... Gambaq kat atas tu kedua2 nya adalah Tiramisu. Tp designnya saja lain.

17 November 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah...debaran menunggu keputusan UPSR akhirnya selesai. Naufal berjaya mendapat 5A. Syukur ke hadrat illahi setelah bertungkus lumus membuat persediaan sebelum peperiksaan akhirnya berhasil... Sek. Keb. Batu Kwn ada 82 org murid thn 6. Drpd jumlah tersebut 15 org murid mendpt 5A, 8 org mendpt 4A 1B. Tahniah SKBT krn mendapat keputusan cemerlang... Thn. lepas hanya 5 org murid mendpt 5A. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....
Ha....nilah Naufal dgn slip keputusannya....
Bersama rakan2 lain yg mendpt 5A....
Bergambar kenangan dgn guru2.....

08 November 2011

Fruit Cake

Assalamualaikum semua.....
Fruit cake utk aidil adha. x buat pun kuih raya. Buat kek ni sebijik saja. Sepatutnya aku masukkan walnut dlm kek ni. Memandangkan x dak walnut aku masukkan almond nib. Masa dlm oven aromanya...hem.... semerbak



07 November 2011

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum semua......
N3 kali ni kita cerita pasai menu hari raya pulak. Aku masak ayam masak merah & daging hitam. Ayam dan daging ni aku guna resepi yg family aku selalu buat. Mcm resepi turun temurun lah....



Ketupak & Rendang

Assalamualaikum semua....
Semua umat islam telah menyambut hari raya aidil adha pada 6 November. Sana sini kita dengar ibadah korban dijalankan. N3 kali ni nak cerita pasai ketupat yg aku buat. Thn ni aku buat ala2 lopez d squera. Mcm lopeh la tu...Thn sudah buat ketupat daun palas. Asyik dok jd betina sj....So thn ni tukaq style lah pulak. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni.....

Ha...nilah hasilnya. Not bad lah....

Ni bersama ngan rendang

04 November 2011

Cheese Tart

Assalamualaikum semua...
Strawberry & orange cheese tart ordered by my officemate. Ija ordered 40 pcs for her daughters Children Day Celebration on the 4th of November 2011 and Ros ordered 20 pcs for makan2. Eh...eh omputih lah pulak....Sekali sekala kena la ckp omputih.. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...

Masih panas lagi ni....

Ready to deliver......

23 October 2011

Chocolate Indulgence

Assalamualaikum semua....
N3 kali ni sambungan cerita continental cake. Kali ni chocolate indulgence pulak...Kek2 dr spesis continental ni insyallah semuanya sedap. Jom kita tgk gambaq2 kat bawah ni.....

Ni lah rupanya sebelum dipotong..

Sliced chocolate indulgence. Kek ni dilapis oleh whipping cream + chocolate ganache. Mmg sedap...


Ni dia sifu Salina. Sorry sifu... kepala terpotong sikit...


Ni lah barisan pelajar2........




17 October 2011

Continental Cakes

Assalamualaikum semua....
Dah lama x bersiaran. N3 kali cerita pasai continental cakes. Kek2 yg. sgt. popular & galmour dlm. pasaran. Dah ramai kwn2 yg p menuntut ilmu. Kini tiba giliran aku pulak. Rasanya masih belum terlambat lagi la.. Kali ni aku pilih utk mengikuti kelas ngan inasaly pulak. Mmg orait lah sepanjang kelas berlangsung. Dpt ramai kenalan baru. Yg paling senior ialah Kak Akma. Aku tabik spring lah buat Kak Akma ni. Cubalah lawat blog dia.(www. akmacreative) Mmg very experienced membuat wedding cake & juga kek2 lain. Tp masih merendah diri. Dlm kelas tu dpt berjumpa dgn DJ Radio Mutiara FM - Kak Sabariah Yusuf. Kelas menjadi segar dgn kehadiran 2 insan ni. X kering gusi lah kami. Kelas ni dihadiri oleh 7 org. semuanya. Jom kita cerita pasai kek pulak. Utk N3 kali ni aku cerita pasai Carrot Walnut Cheese Cake & Russian Black & White dulu. Italian Rainbow & Indulgence Cake next change ye...Kek2 ni x dpt. dinafikan mmg sedap sgt. Bahan2 yg digunakan pun kelas gitu... Butter dr. Anchor Brand. Bukan buttercup ye.... Ada juga guna mascarpone cheese. Walaupun rega kek ni mahal cikit, tp berbaloi-baloi rasanye.... Keenakkannya ehmm..... Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....

Ni carrot walnut cheese cake. Cheesenya bukan hanya diluar shj, tp dlm kek pun masuk cheese juga.

Tgklah isinya setelah di post mortem... Nampak x walnut tu. Walnut didlm kek & almond flake di luar.... very tempting...




Russian Black & White



Kek ni pulak mmg kaya dgn cokelat & cheese......


Kalau teringin nak rasa, blhlah sms .....