CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21 December 2011

Russian Black and White

Assalamualaikum semua....


Russian BW ditempah oleh Azura dari Vila Tanjung Permai. Jiran sebelah taman. Nak celebrate birthday family members bulan Disember. Azura dtg ambik sendiri kat umah pd hari Isnin. Harap Azura berpuas hati ngan kek ni...... Sebelum buat kek ni 2, 3 kali gak lah aku telefon sifu aku bertanya. Bukannya apa, nak confirm betoi2 sebelum buat. Jugak kpd kawan2 yg aku sering telefon bertanya....






15 December 2011

Apam Dot2

Assalamualaikum semua...
Tempahan apam dot2 sebanyak 600 biji oleh Lia. Ni kali kedua Lia tempah. Yg. pertama dulu cupcake. Letih jugaklah buat sorang2. Dah tu packing dlm plastik sebiji-biji. Kdg2 apam ni buat hal lah pulak...kalau terlebih panas nanti merkah..... Jom kitan tgk gambaq2 kat bawah ni..
Ni flavour strawberry...

Yang ni pulak flavour blueberry.... Masih maintain dot2..


Yg ni flavour mango. Dah x larat nak mengedot...Nampak x, dot2 dah tinggai dua....


Dah siap semuanya. Jumpa Lia di Tol Bkt. Tambun. Pengantin mai ambik sendiri. Selamat Pengantin Baru Lia.....Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

12 December 2011

Cheese Tart

Assalamualaikum semua..........


Cheese Tart ni di tempah oleh Sham, kawan pejabat aku. Dia tempah 50 biji, kawan dia 50 biji jugak. Tapi 25 utk hantaran dan 25 lagi utk makan. Yang sorang lagi tu ambik kesempatan jugak, nak rasa katanya. Dia tempah 10 biji. Sbb aku x jual 10 biji. Minimum order must be 40 pcs & above. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...........







Ni tempahan Kak Sham... 50 biji. Perasa blueberry & strawberry.



Ni ditempah oleh kawan Kak Sham utk buat hantaran.



Dah siap....25 biji utk hantaran, 25 biji utk makan.


04 December 2011

MCB & Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum semua....
Tempahan dari Akmal, kawan Naufal. Dia tempah MCB & Chocolate Moist Cake.
Selain dari chocolate rice, aku tabur chocolate chip... nampak meriah kan.....

02 December 2011

Mahad Tahfiz Ibnu Sina

Assalamualaikum semua....
Pada 31 Oktober 2011 yg lalu aku hantar Naufal & Zakwan ke Mahad Tahfiz Ibnu Sina (MTIS) d Jln. Bunga Raya, Bukit Mertajam. MTIS ni terletak d belakang Sek. Keb. Jln. Baru. Kalau nak tau pasai MTIS, boleh lah lawat laman webnya. Sebelum ke MTIS aku hantar surat kpd sekolah minta kebenaran utk x hadir ke sekolah mulai 31 Okt. - 18 Nov 2011. Exam dah habih, p sekolah pun dah x belajaq... so aku ambik keputusan utk hantaq kedua2 beradik ni ke MTIS sehingga Dis 2011. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni....
Ni Zakwan, tengoklah masamnya muka dia...baru sudah gaduh ngan abang......