CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

29 May 2012

Cupcake

Assalamualaikum semua........
Dah lama x bersiaran. Mood cuti sekolah la katakan...So aku pun ambik cuti jugak. Tempahan cupcake ni dari anak penakan aku untuk majlis akad nikah pada 26 Mei ari tu. Dah lama x buat bunga ros ni. So saja la aku cuba buat, masih kena improve lagi. But anyway practise makes perfect....So kena cuba dan cuba lagi....

Sekuntum mawar merah...tapi warna x brp cantik.

14 May 2012

Chocolate Indulgence & Carrot Walnut Cheese Cake

Assalamualaikum semua......
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di M'sia. Kepada isteri2 yang masih belum menjadi ibu, jgn putus asa, banyaklah berusaha dan berdoa. Sempena hari ibu ari ni, aku saja merajinkan diri buat carrot walnut cheese cake. Ni adalah salah satu kek dari jenis continental cake. Kek ni memang sedap...Masa dalam oven, bau aroma walnutnya hem....memang menggoda sgt. Rasa x sabar nak makan. Belum sempat sapu cheese, Zakwan dah minta nak makan. Aku suruh dia sabaq. Aku ckp kat dia, kalau letak cream cheese lg sedap....So dia pun tunggu la...
Carrot Walnut Cheese Cake

 Chocolate Indulgence ni d tempah oleh kawan office. Kongsi 4 orang. Yg satu lg tu belum sempat potong.
Dah x sabaq nak makan carrot cake tu..............

11 May 2012

Cupcake

Assalamualaikum semua.....
Dah hari Jumaat ari ni. Masa berlalu begitu pantas sekali. Rasa macam kemarin ari Isnin....Terima tempahan cupcake dan cheese tart dr Shila. Shila ni rakan sebilik masa aku berkursus d Cameron Highlands. Jom kita layan gambaq2 ni.....
Warna yang dipilih oleh Shila .....
                                    

                                    

 Ni Haslina dr Bhgn. Kewangan yg. order.
 Shila tempah 40 biji cheese tart

Dah siap utk deliver....

07 May 2012

The Ridge - Teja by The Sea

Assalamualaikum semua.......
The Ridge...Teja by The Sea di Batu Kawan dekat Jetty Batu Musang. Kalau nak ke Pulau Aman, kena naik bot dr jetty ni la. Hari Jumaat yg lalu aku bersama Zakwan p makan d The Ridge. Tempat memang selesa sgt. Kalau x silap restoran mula operasi kul 5 ptg. Suasan tenang dan nyaman ditiup angin laut, tambahan pulak baru lepas hujan, terasa dingin sekali (:  Restorannya pun cantik..masih baru lg, x sampai sebulan lagi pun. Jom kita tengok apa yg kami makan........

 Ni nama restoran nya.........
 Ice lemon tea & apple juice. Harga apple juice RM4.20. Yg satu lg x ingat rega...
 Hot plate chicken chop - RM13.00
Nasi goreng seafood - RM8.00. Yg ni memang sedap.(:

04 May 2012

Cupcake Birthday & Cheese Tart

Assalamualaikum semua.....
Terima tempahan ni dari Azura - Villa Tanjung Permai (VTP). Ini merupakan tempahan kali kedua. Dia nak cupcake dgn tulisan "Happy Birthday Mak Lang" & juga cheese tart. Nak ambik ptg nanti utk bawa balik kampung. Jom kitan tengok gambaq2 kat bawah ni....

 Azura nak warna pastel & dia minta dua tone & also the big swirl....
 Here is the complete set....
Utk cheese tart aku buat dua flavour, blueberry & strawberry....

01 May 2012

PUNCAK MUTIARA CAFE

Assalamualaikum semua...
Puncak Mutiara Cafe (PMC) di Kg. Pelet, Bukit Mertajam. Ari Sabtu mlm Ahad yg lalu kami sekeluarga p makan d PMC. Sampai d sana hampir kul 9 mlm. x sangka lah pulak terlalu ramai org mlm tu. Kami park kereta paling atas... Sebelum masuk ke situ siap ada parking attendent tunggu...Sekali pandang aku ingat RELA.. 2 kali pandang rupa2nya  staff PMC (bukan Penang Medical Center tau...) siap tunjuk arah mana nak letak kereta. Melangkah masuk utk cari meja kami di iringi oleh staff lain pulak. Depa ni pakai t-shirt seragam, siap tulih CREW kat belakang. Dia akan cari tempat duduk & terus ambik order. Aku tanya kat budak tu... pasai apa ramai sgt mlm ni? Dia kata biasa la... sbb ujung bulan, org baru dpt gaji. Dia lupa (atau mungkin x tau) kakitangan kerajaan kan baru dpt tunggakan gaji... Jom kita tengok menu apa yg kami makan....
Kambing Grill - ni merupakan menu utama kat PMC. Rega RM22.00 Rasanya ok jugak...
Nasi Beriani
ABC Puncak Mutiara
Ni lah hero2 aku.....

Nasi Beriani - Dah makan sikit baru teringat nak ambik gambaq. Rasanya mmg sedap...

ABC Puncak Mutiara - Nama bukan main punya glamour. Rasanya x ok... Ais byk, tapi perencah sikit..

CUPCAKE PERTUNANGAN

Assalamualaikum semua.....
Happy Labour Day To All Of Us....Semua orang bercuti ari ni kan..Tempahan cupcake d terima dari anak penakan aku sempena pertunangan kawan dia ari Ahad 29 Mei d Taiping.
Close-up - warna turquoise
Dia tempah set 16 biji
Yg ni dia tempah jugak utk makan d ofis pada ari Isnin.