CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 April 2013

Cupcake Pertunangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Terima tempahan ni dari "baby sitter" Nora. Warna tema ialah pink - harap2 dia suka la.....
Majlis pertunangan pada 27 April 2013.


22 April 2013

NEW PRODUCT IN THE HOUSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Menuntut ilmu lagi....rasa mcm nak berenti dah menuntut ilmu ni...tp x boleh nak melawan kemahuan & keinginan hati ni....Kali ni aku p belajaq utk buat puding hantaran pulak. Maka terjawab lah segala kemuskilan yg selama ini aku x tau....Biasalah bila rimau melompat dr bag, semua yg x tau blh tau...X sama ye klu ambik resepi dr internet..Ni kita tgk sendiri dan blh pulak bertanya apa sj....Ada teknik2 dan tips2 tertentu utk setiap puding. Jom kita tgk gambaq2 kat bawah ni. Sempat upload 4 jenis sj....Yg baki tu nanti dulu.....

 Puding Lapis Susu - RM40.
 Rasa puding mmg sedap. Di ant bahan2 - susu cair, cooking chocolate, milo dll. Klu utk hantaran guna acuan ni mmg cantik la...Tp klu utk makan2 guna acuan biasa pun boleh.....Keapda penggemar chocolate this will be ur perfect dessert.....
 Puding Lapis Jagung & Cendol - RM40. Sesuai jugak utk hantaran. Mmg sedap...Ha..ha..ha x dak yg x sedap...yg ni ada rasa lemak2 santan gitu.....
Puding Lapis Ais Krim - RM40. Lapisan hijau dan pink tu mmg masuk ice cream ye...Nak bekas besaq pun boleh...Nak kecik mcm ni pun boleh.....
Ni yg dah siap....makan ketika sejuk...hem....

Puteri Dalam Kaca - RM40. Sgt sesuai utk hantaran....

12 April 2013

HAFAZAN AL QURAN - PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Assalamualaikum semua....
Zakwan telah terpilih mewakili sekolah utk pertandingan hafazan al-quran peringkat daerah pada 16 Mac 2013.  Dia berjaya menjadi johan dan mewakili daerah SPS ke peringkat negeri pada 10 April 2013. Alhamdullilah Zakwan berjaya sekali lagi menjadi johan hafazan al-quran peringkat negeri Pulau Pinang. Insyallah dia akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan yang dijangka pada bulan Mei di Kuala Lumpur. Syukur pada mu ya Allah....Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...


 Giliran Zakwan - Sebenarnya aku yang terlebih berdebar....Alhamdullilah Zakwan telah buat yg terbaik.


Ni piala dan sijil utk peringkat daerah. Peringkat negeri masih dlm hanphone...
 Gelagat Zakwan - ni belum masuk bilik menunggu lagi....
 Ready...Get Set.....Tunggu nama dipanggil.....
 Di dalam bilik menunggu. Zakwan bergambar kenangan bersama Adam seorang peserta ISTIMEWA....

Sebenarnya Adam ni cacat penglihatan. Tengoklah gambaq di ataih tu...Adam sedang membaca al quran. Ya Allah sebaknya aku ketika melihat Adam. X dpt nak tahan air mata ni. Zakwan hairan melihat aku menangis. Aku ckp dgn dia walaupun dia buta mata namun mata hatinya celik. Aku sempat mengusap Adam & berkata kpdnya...baca elok2 tau....Pas tu dia tanya Zakwan sapa tu tadi....Zakwan bg tau dia, tu mak aku....
 Giliran Adam utk membaca hafazannya. Ya Allah aku amat kagum dgn Adam. Bacaannya sungguh lancar. Ketika ini aku tidak dpt menahan lg air mata apabila mendengar alunan suara Adam. Keadaan menjadi sunyi. Semua memberi tumpuan & perhatian pd Adam. Tidak kurang yg sibuk mengambil gambaq Adam. Adam dpt Naib Johan. Aku sempat berbual dgn mak Adam. Adam pernah menjadi johan peringkat kebangsaan bg kategori OKU. Setelah selesai ustaz yg mengiringi Adam terus membimbing tgn Adam utk keluar. Ketika itu Adam bertanya kpd ustaznya, Mcm mana ustaz.....Aduh tersentuh lagi hati ini...
Inilah ustaz yg mengiringi Adam. Adam menjadi tumpuan ramai. Sbb hanya dia seorang shj kanak2 istimewa. Adam ni merupakan anak bongsu drpd 4 orang adik beradik. Abg & kakak dia normal. Mak dia seorang pendidik d salah sebuah sekolah di Baling Kedah. Adam ni d lahirkan x cukup bln. Ketika kandungan maknya berusia 6 bln Adam d lahirkan. Dia bersekolah d salah sebuah sekolah cacat penglihatan di Alma, Bkt. Mertajam - so Adam mewakili daerah SPT. Sebelum ni aku x pernah tau ttg sekolah tu...

11 April 2013

Choc Cheese Brownies

Assalamualaikum semua.....

Choc Cheese Brownies.....Terima tempahan ni dr Zura - Villa Tanjung Permai. Zura nak chocolate cake yg ada cheese dan disaluti chocolate. So aku suggest buat yg ni la...Lapisan bawah chocolate cake, kat atas ada cheese dan chocolate. Rasanya utk birthday kawan ofis. Zura fon ari Isnin - nak ambik Selasa pagi. Tapi aku keluaq p keja awai sgt...6.30 pg. So aku siapkan mlm tu jugak. Lbh krg kul 10 mlm Zura mai ambik kat rumah..... Tengkiu for the order Zura...

Harap menepati apa yg dikehendaki..klu ada apa2 kekurangan harap maafkan ye....

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum semua.......
Snow Cheese Cake....tempahan oleh Kak Mun untuk birthday anaknya. Bawa ke pejabat pada hari Isnin
5 April........


Ni lah rupanye.........

02 April 2013

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Snow Cheese Cake....Dah lama nak cuba buat. Ni lah baru ada kesempatan nak buat. Ada makan2 sikit kat office. So aku buat 2 bijik cake. Orange Butter Cake & SCC . Ha...sapa2 nak order boleh lah. Kepada penggemar cheese mesti suka kek ni. Disaluti dgn cheese d luaq & parutan cheedar cheese kat luaq ehmm.....mmg sedap.


Carrot Walnut Cheese Cake

Assalamualaikum semua.........
Terima tempahan kek ni dr Nora. Nora call ari Jumaat, nak ambik Ahad malam. Weekend yg agak sibuk. Ari Sabtu ada kenduri, lepas kenduri balik Taiping. Ari Ahad hantaq Naufal balik asrama di Gopeng. Nasib baik keluaq awai dr rumah mak mertua...Mmg jammed sepanjang jalan.

Alhamdullilah kek ni insyallah sedap. Very positive comment from Nora. Maklumlah d dalam ada cheese, d luaq pun d salut cheese ehmmm.....Tengkiu very much Nora. Apa2 kekurangan harap dimaafkan ye...