CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 August 2011

MCB Raya...

Assalamualaikum semua....
Ramadan 28
MCB raya. Paih buat cupcake tu aku siapkan 2 biji MCB & sebiji Fruit Cake. Ditempah oleh kawan pejabat & anak saudara aku...



Cuppies

Assalamualaikum semua....
Ramadan 28
Ari ni aku siapkan tempahan yg diterima. First aku buat cuppies ni. Ditempah oleh Lia, kecik molek org nye...org Kuala Kangsar tp keja kat Penang. Kalau x silap akulah ni tuk pertunangan saudara dia. Pick-up kat Tol Bkt. Tambun



Close-up sikit....


Sebenarnya Lia order 16 pcs. Aku p EazyBake nak beli kotak. Alahai..dah habih lah pulak kotak yg 16 tu... So aku terpaksa guna casing cheese tart. Nasib baik muat, sbb saiz S je.. Tp. kuantiti berkurangan sbb. casing ni tuk 12 je..


Mee Bandung..

Assalamualaikum semua..
Ramadan 27
Mee Bandung...menu bukak posa kali ni. Dpt resepi dr blog K.Nor. Tengkiu for sharing the recepie & minta izin nak c&p kat sini. Hasilnya mmg x menghampakan. Thumbs up.. mmg sedap....
Ni masih dlm kuali. Sempat gak ambik gambaq. Dah dekat nak azan ni...


Yg. ni versi dah siap mekap. Tgk. gambaq pun dah berselera. Kpd yg teringin nak cuba aku letak resepi kat sini.

MEE BANDUNG
(diolah dr Mee Bandung Dagang MyR)


Bahan2 utk paste:

7 sudu besar cili mesin2 biji bawang besar *

3 ulas bawang putih *

100 gm udang kering * (*diblend)

1 cawan air

1 sudu besar garam halus

2 sudu besar gula

minyak

Cara:

Panaskan minyak (minyak kena lebih sket sbb udang kering nanti akan menyerap minyak)Masukkan cili mesin dan goreng hingga garing.

Masukkan bahan2 yg diblend.

Kacau goreng hingga pekat dan masukkan air.

Biarkan merenih dgn api sederhana perlahan.

Bila tumisan hampir kering/pekat masukkan garam dan gula.

Masak hingga menjadi paste/pecah minyak.Ketepikan.

Utk membuat Mee Bandung

Bahan:

1 bungkus mee kuning

3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis

2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang

3 - 5 sudu besar paste (bergantung pd kepekatan yg diperlukan)

daging ~ dihiris nipis

udang ~ optional

air secukupnya

telur ~ bergantung pd berapa org nak makan

sawi

2 - 3 kpg tauhu ~ digoreng dan dihiris

limau kasturi/limau nipis

minyak

bahan taburan:

bawang goreng

daun sup ~ dihiris

cili merah ~ dihiris

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan daging dan biarkan daging keluar air dan sedikit mengecut.

Masukkan paste dan kacau.

Biarkan seketika supaya paste td meresap ke daging.

Masukkan air secukupnya (seeloknya guna air baru mendidih supaya kuah lebih cepat masak)Bila kuah dah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji.

Biarkan hingga telur masak ( kalau nak separuh masak pun boleh, terpulang la..)

Angkat telur dan ketepikan.

Teruskan masak kuah dan masukkan udang, mee,dan sawi.

Masak hingga mee sedikit masak dan tidak terlalu lembik.

Hidangkan kedalam mangkuk.Susun tauhu, limau kasturi dan tabur dgn bahan taburan

Sedia utk dinikmati...

Kuih Raya Lagi....

Assalamualaikum semua...
Ramadan 27
Kuih raya lagi...Ni yg last. Paih ni x buat dah. Resepi ni aku dpt. masa attend kelas Chef Khairi thn 2009. Nama kuih aku x ingat. Resepi dah hilang. Dok cari tp x jumpa. Misplaced agaknya. Cara nak buat senang sj.. Bakaq almond dlm oven lebih kurang 7 - 8 minit. Double boil cokelat. Pas tu masukkan almond ke dlm. cokelat, kacau & masukkan dlm paper cup. Mmg senang & se...dap.....Nanti bila jumpa resepi aku letak kat sini.


Burger

Assalamualaikum semua.....
Ramadan 26
Ni menu sahur kali ni. Burger & teloq mata kerbau. Ni permintaan anak2. Ikut saja la selera depa.




25 August 2011

NASI GORENG

Assalamualaikum semua.....
Ramadan 25
Menu sahur kali ni ialah nasi goreng & sosej roll. Sosej roll ni ni kerap gak buat. Sbb anak2 suka. Nasi goreng tu aku guna sambal belacan, ketuk sebiji bawang putih & goreng ikan bilis & teluq. Dah siap....




22 August 2011

KEOW TEOW GORENG

Assalamualaikum semua...
Ramadan 22
Menu sahur tadi. Buat keow teow goreng. Orait jugaklah bila makan panas2. Yg. versi ada cabai ni akulah yg punya. Utk anak2 mmg x dak cabai..



21 August 2011

IKAN BELAH BELAKANG

Assalamualaikum semua....
Ramadan 21
Menu bukak posa ari ni... ikan belah belakang, udang goreng kunyit, sup sayur & teloq masin. Buat kuih raya sebelah pagi. Ptg. masak utk bukak posa pulak la... Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...






KUIH RAYA...

Ramadan 21
Kuih raya.....Ada yg buat sendiri & ada yg beli. Aku beli 2 jenis & 2 jenis lagi aku buat. Saja merajinkan diri merasa air tangan sendiri. Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni...

Ni snow almond. Mmg sedap....Anak2 siap bawa balang kuih depan tv lepaih bukak posa. Jenoh jugak lah aku pujuk. Jgn bg habih no... Nanti hari raya kita x dak kuih....

Ni biskut mazola. Resepi setiap tahun. Mmg jd favourite...


Ni biskut yg aku beli. Nama biskut pun x tau...


Biskut suji gajus. Yg ni pun versi beli....Siap ada tanda harga. Nampak tak?


AYAM KICAP BEREMPAH

Assalamualaikum semua...
Ramadan 20
Salah satu menu buka posa ari ni ialah Ayam Kicap Berempah. Dpt resepi dr blog K.Nor, resepi asal dari DJ. Tengkiu to both of u for sharing the recipe. Masa dok masak ayam ni, aromanya alahai tersangatlah menggoda ehem... Siap anak2 tanya umi masak apa ni. Bau sedap nye......


18 August 2011

IKAN BAKAQ.....

Assalamualaikum semua..............
Ramadhan 17
Ikan bakaq....Dpt. resepi dari blog K.Nor. (tengkiu for sharing the recipe). So aku ambik peluang buat sempena cuti ni. Rasanya not bad, walaupun terdpt bahan2 yg kurang. Aku x masukkan bunga kantan. Pening dok cari tp x jumpa gak. Dah x sabaq nak buat. So jln sj lah walaupun x dak bunga kantan. Rasanya tetap sedap...........



Ni pulak onde2. Dpt. resepi dari alongroz@homekreation. Tengkiu alongroz for sharing the recipe. Dpt. 12 biji spt dlm resepi. Anak2 pun suka.



15 August 2011

Sardin Roll

Assalamualaikum semua......
Ramadhan 15
Menu sahur. Kali ni sosej roll pulak. Ni pun versi sendiri gak. Dah selalu buat. Mmg sedap makan panas2. Anak2 pun berselera makan.



14 August 2011

Roti John

Assalamualaikum semua.....
Ramadhan 14
N3 kali ni cerita pasai sahur pulak. Resepi ni aku pernah nampak kat myresepi.com. Tp buat versi sendiri sajalah. Yg. ptg. buat inti tu. Aku guna ayam kisar halus jenama Ramly. Rasa selamat guna jenama ni. Biasanya kalau sosej atau burger pun aku guna jenama Ramly. X berapa yakin dgn jenama lain. Inti tu aku buat siap2. Bangun sahur baru bancuh ngan teluq & goreng. Agak menyelerakan mkn masa panas2. Anak2 pun suka.



Badak Berendam

Assalamualaikum semua.......
Ramadhan 13
Badak Berendam. Cuti hujung minggu, so ambik peluang ni utk mencuba salah satu lg resepi. Hasilnya orait jugak. Dpt. dari myresepi.com. X ingatlah pulak nama pemilik resepi ni. Anyway tengkiu very much for sharing the recipe.



11 August 2011

AYAM HITAM MANIS

Assalamualaikum semua.....
RAMADHAN 11
Menu berbuka kemarin. Ayam Hitam Manis. Dpt. resepi dr blog Secubit Garam. Resepi asal Daging Hitam Manis. Tp stok daging x dak. So aku ganti ayam la. Mmg sedap...Aku buat bg berkuah sikit. Ikut resepi asal agak kering. Ari ni malas nak letak resepi. Kalau nak resepi kena p umah K. Nor. Jom kita tgk gambaq2 kat bawah ni............



Aku sempat masak ayam tu sj la...Yg. satu lg tu aku beli kat bazar ramadhan je...Gulai daging. Dlm. mangkuk plastik tu acar...Mmg ngam kombinasi ni....


10 August 2011

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

RAMADHAN 10


Assalamualaikum semua.....
Roti Lapis Daging Berkeju...Ni salah satu menu buka posa kemarin. Sebenarnya buat ni utk sahur. Tp. masa dok dlm oven lg, aromanya..... amboi mak, x blh. tahan. Anak2 pun x sabaq nak makan. Lepas bukak posa, roti dah agak sejuk sikit, aku pun potonglah. Pakat rasa sorang sikit. Aku dah pernah buat roti ni. Tp aku guna resepi K1 dr Blog Citarasawan. Kali ni aku cuba pulak resepi CMG. Tengkiu ye Che Mat. Minta izin nak cnp resepi kat sini pulak....Jom kita tgk gambaq kat bawah ni.
Ni versi dah potong.


Ni lah baki utk sahur.




ROTI LAPIS DAGING

Resepi: CMG (Dapur Tanpa Sempadan)



BAHAN INTI

2 keping daging burger ayam jenama "Ramly" - dihancurkan

6 kuntum cendawan butang segar @ dlm tin

1 camca besar rata rempah kari, bancuh dgn. sedikit air

1 biji bawang besar - didadu kecil

2 ulas bwg putih - dicincang

1/2 inci halia - dicincang

1/2 biji red capsicum - didadu kecil ( aku guna cili merah)



BAHAN LAIN

5 keping roti sandwach (mat guna roti gardenia)

5 biji telur

4 camca besar whipping cream @ susu sejat

Serbuk lada hitam secukupnya

1 cwn parutan keju cheddar




CARA MEMBUATNYA

1. Lenser tin berukuran 4 inci x 4 inci x 9 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan

lenser juga aluminium foil tadi, pastikan aluminium foil berbaki pada bahagian kanan dan kiri

tin, ini memudahkan anda mengeluarkan roti tadi bila masak. Ketepikan.

2.UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan

halia hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari dan tumis sekejap. Masukkan daging

buger dan masak hingga berubah warna. Tambah hirisan cendawan dan capsicum, kacau rata.

Jika perlu tambah sedikit air dan secubit garam. Masak hingga kering dan sejukkan.

3.UNTUK ROTI LAPIS DAGING BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C. Telur disatukan

dengan whipping cream @ susu cair, tambah sedikit serbuk lada hitam dan kacau rata. Susun

2 keping roti pada dasar tin, kerat 1/2 bahagian roti lagi dan isikan dalam ruang kosong. Tuang

1/2 bancuhan telur + susu + serbuk lada hitam tadi, biar sekejap dan tabur 1/2 bahagian inti,

rata dan juga 1/2 bahagian parutan keju. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Kemudian

bakar selama 45 minit atau hingga masak dan permukaannya kelihatan kuning keemasan.

Sejuk dan hidangkan bersama sos kegemaran anda...


04 August 2011

Tempahan Raya

Assalamualaikum semua...
Tempahan marble cheese brownies kini dibuka. Kpd. yg berminat nak tempah boleh lah sms/call. Saiz MCB ni 9 x 9 - harga RM40. Tarikh delivery - 28 Ogos


02 August 2011

Ramadhan 1

Assalamualaikum semua..
N3 kali ni cerita pasai dadih. Dadih ni aku beli satu peket RM8. Aku pilih perisa cokelat. Masa nak campur perisa tu, aku tambahkan milo ngan susu. Jd rasanya lebih sedap lagilah.. Anak2 aku suka sgt. dadih ni. Aku buat ni ari Ahad. Kuih lapis stu pulak buat ari Isnin. Dpt. resepi dr umah Kak An. (nama blog aku dah lupa) tengkiu Kak An tuk resepi ni. Jom layan gambaq2 kat bawah ..........













01 August 2011

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum semua...
N3 tertunggak... Agak sibuk gaklah ngan tugas2 rasmi & jugak tugas2 di rumah. Kenalah pandai cari masa tuk update blog. Aku cuti 2 ari. Tp. kemarin x sempat nak update. Maklumlah anak2 pun cuti jugak. Berebut nak main game lah pulak. Ari ni depa p sekolah. So sempatlah aku mengupdate blog ni. Sempena Kempen Derma Darah pada 29 & 30 Julai yg lalu aku telah menderma darah. Boleh dikatakan tiap2 thn lah aku menderma. Pd ari Jumaat lalu aku bertugas disana. So sebelum org ramai, aku adalah di antara penderma yg terawal. Dpt. 2 goody bag lagi....