CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 January 2013

Egg Tart & Cream Puff

Assalamualaikum semua.....
Tempahan kali ni oleh Zaza dr Sg. Petani - 50 bijik cream puff & 30 bijik egg tart. Jarang2 buat egg tart ni.
Rasanya mmg ok....Tapi kalau x suka telur mmg x boleh makan la...Jumpa Zaza di Masjid Sbg. Jaya pada ari Sabtu 26 Januari 2013. Fuhhhhh....mmg lawa orgnya...Tengkiu Zaza

 Hot from the oven....
 Ni tart telur.....
Ready to be delivered....

24 January 2013

Cheese Tart Lagi & Lagi......

Assalamualaikum semua....
Alahai cheese tart....bagi penggemer cheese, dah rasa sekali insyallah nak rasa lagi. Repeat order dari Nazian lagi. Kali ni Nazian order 100 bijik, Jun tumpang sekali order 25 bijik utk kakak ipaq. Kali ni aku deliver terus ke rumah Jun. Tengkiu very much Nazian & Jun......Jom kita layan gambaq2 kat bawah ni.....

 Sebelum masuk oven. Nazian nak satu bekas 50 bijik strawberry semua.

 Hot from the oven....
 Sebelum masuk oven...Ni blueberry filling
 Hot from the oven.....
 Masih panas lagi ni.....
Dah siap pack......

23 January 2013

Cheese Tart Lagi.....

Assalamualaikum semua.....
Forever favourite.....Repeat order oleh Nazian. Kali ni Nazian order 50 bijik juga. Kawan dia yg bernama Jun nak rasa, so dia order 25 bijik. Belum sempat habis buat Jun minta tambah lagi 25 bijik. So 100 bijik semuanya. Kali ni aku deliver cheese tart ni melalui Jun di Taman Kasawari. Mulanya janji dgn Jun nak jumpa di Bt. Kawan, sbb Jun pernah dok kat Bt. Kwn. Tapi x jadi, sbb dia busy sikit petang tu. Rupa2nya aku dah pernah jumpa Jun masa Naufal masuk Hospital KPJ. Anak Jun pun masuk hospital gak...kami sebilik & sebelah katil rupanya....kecik nya dunia ni.....Jom kita tengok gambaq2 kat bawah ni...

 Hot from the oven.
Packing 50 tu Nazian punya. Utk Jun packing 25 - 2 bekas. Flavour blueberry & strawberry.

22 January 2013

Cheese Tart


Assalamualaikum semua.........
Dah lama x bersiaran. Entah apa dah jadi, x boleh nak update gambaq, hampir 2 minggu. Ada something wrong ngan blog ni. Tapi akhirnya baru boleh. 50 bijik cheese tart ni ditempah oleh Nazian. Senang deal ngan Nazian ni. Ari ni fon, esok dah jd.  Jumpa Nazian di Masjid Sbg. Jaya pada 15 Januari. Ceria orangnya.....


11 January 2013

Cheese Tart

Assalamualaikum semua.........
Tempahan hari Jumaat.....apa lagi kalau bukan cheese tart....forever favourite. Tempahan ni dr kawan ofis Anum namanya. Sebagai buah tangan utk hadiri birthday. Tengkiu Anum....


 Hot from the oven.........
50 bijik - strawberry & blueberry flavour....

Mini Pack Cake

Assalamualaikum semua.......
Mini Pack Cake......Aku dah cuba buat. Chocolate Moist & Caramel Almond Butter Cake. Daripada 6 jenis yg aku belajaq, yg 2 kek ni mendapat ranking yg tinggi....(ikut citarasa akulah). Di samping kek ni aku buat nasi lemak versi Hasnah Saidin. Mmg power betul sambal dia. Kwn2 pun kata sedap...Tp aku x sempat ambik gambaq. Yg cream puff ni pulak tempahan drpd Asiah. Jom kita tgk gambaq2 kat bawah ni...........

Tempahan dr Asiah....30 bijik
 Chocolate moist ni aku letak white chocolate....
 Dalam bekas besaq tu buat makan di pejabat....
 Caramel Almond Butter Cake.......

02 January 2013

Kelas Mini Pack Cake

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua pengunjung. Dah hari kedua di tahun baru ni. Just nak update gambaq Kelas Mini Pack Cake yang aku hadiri pada 18 Disember 2012. Masih aktif menuntut ilmu, maklumlah byk lagi yg perlu dipelajari. Jom kita tgk gambaq2 kek kat bawah ni........

Caramel Almond Butter Moist. Kek ni memang sedap, dgn almond flake kat atas kek, almond nib di dlm kek & juga caramel di atas almond.  Harga - RM16
Apple Walnut Carrot Cake. Kek ni lebih kurang carrot cake lain, yg beza hanyalah ada campuran apple hijau. Bg penggemar cheese mmg x akan miss utk rasa kek ni...Harga - RM18
 Moist Chocolate Cake - Forever favorite - memang moist & sedap. Sepatutnya kat atas tu ada white chocolate, tapi sifu letak almond flake je...sbb x dak chocolate. Harga - RM14
Peanut Cadbury Butter Cake - Something different in this cake. Ada chocolate cadbury didlm & pastinya ada rasa peanut. Piping kat atas kek tu adalah peanut.  Harga - RM16
 Yogurt Prune Cake - Rasa kek ni sedikit masam, kerana yogurt & prune. Harga - RM15
Kek Pisang - Kek ni x sama spt. yg dijual di GIANT ye... Kek ni guna butter Anchor (sama spt kek2 kat atas) dan x guna esen pisang. Siap ada almond lg....Harga RM10

                                     
 Ni gambaq semua kek....Pilih la yg mana berkenan di hati......
Ni lah rakan2 bakers yg hadiri kelas ari tu. 2 org dah balik awal, nak p kenduri.