CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 January 2011

Seri Muka


Buat seri muka ni kemarin. Dapat resepi dari myresepi.com. Rasanya ehmm....memang sedap. Tengkiulah kpd pemilik resepi. Kpd yg teringin nak cuba, (minta izin cnp) ada resepi kat sini:
Bahan Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
400 ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak (aku x masuk minyak sbb guna santan pekat. Kalau santan kotak elok masukkan)
Bahan Lapisan Atas
120 gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140 gm gula
3 biji telur ( aku masuk 2 sj)
450 ml santan pekat
1/2 st garam
300 ml air + 10 helai daun pandan (aku + 200 ml sj)
(kalau x dak daun pandan..gantikan 1 st pandan paste)

CARA2
Lapisan Bawah
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut. Rendam selama 10 - 20 minit - Toskan
3. Satukan semua bahan2 dalam loyang dan dikacau sedikit.
4. Kukus di atas kukusan yg telah sedia ada selama 20 - 30 minit.
5. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.
Lapisan Atas
1. Pukul telur dan gula hingga kembang ( sikit je pun boleh)
2. Masukkan santan yg telah dilarutkan dgn garam. Diikuti dgn air pandan dan dikacau lg..
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dlm adunan tadi.
Kacau lg agar x berbiji. Kemudian tapis adunan ini dan siap dikukus.
4.Sekali lg dgn kukus yg sedia mendidih. Ingat api biarlah sederhana aje...
Letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu ke dlm kukusan dan dgn perlahan
tuangkan lapisan atas. Kukus selama 45 min atau 1 jam (aku kukus 30 min je..)
5. Biarkan betul2 sejuk baru lah mudah dipotong.
SELAMAT MENCUBA

23 January 2011

Ayam Goreng Bersantan

Ni menu utk. lunch kemarin. Resepi dari blog curlybabesatisfaction. Tengkiu kpd. pemilik resepi. Aku buat 1/2 ekor ayam saja. Memang sedapppp..... Kpd. yg teringin nak cuba, aku letakan resepi kat sini.

Bahan2
1 ekor ayam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar (x masuk - sbb. x dak)
10 ulas bwg. merah atau 3 labu bwg. besar
4 ulas bwg. putih
(Gaul semua bhn.2 dgn. ayam & perap beberapa minit)

2 btg. serai (hiris & tumbuk)
2 inci halia & sedikit lengkuas (tumbuk)
1 peket pati santan kotak
sedikit gula, garam & perasa

Cara:
Goreng ayam hingga garing (lepas perap) Angkat & ketepikan.
Tumis bhn. yg. telah ditumbuk hingga garing
Masukan pati santan serta ayam yg. digoreng tadi.
Masukan garam, gula & perasa secukupnya.
Biarkan mendidih & kering barulah angkat.

Sumber: resepi.mesra.net

20 January 2011

Marble Chocolate Cheese Cake


Merajinkan diri sempena cuti Thaipusam. Lagipun cheese tu dah nak expired next week. Resepi ni aku dpt. masa p kelas marble cheese brownies. Yg ni kira resepi bonus la...Ni baru ada kesempatan nak buat. Rasanya ehemmm.....memang sedap.

16 January 2011

Talam Kacang Hijau


Dah siap potong. Resipi ni dari internet. Dari blog sapa aku pun x ingat. Dah lama simpan, ni baru ada kesempatan nak buat. Resipi ni aku buat 1/2 saja. Tenkiulah kpd. tuan punya resipi.



Bun Kaya

Nilah hasil bun kaya aku. Hari ni memang angin rajin. Lepas subuh terus sediakan bahan-bahan untuk buat bun kaya dan talam kacang hijau. Lepas breakfast lebih kurang kul 10.30 pagi baru mula buat. Dapat 9 biji saja. Keluaq saja dari oven terus makan. Ni lah kelebihan boleh buat sendiri...Rupa x berapa segak...Tapi ada rasa......

09 January 2011

Steam Buttercream


Ni lah hasil kerja ku.... Hari ni pi kelas steam buttercream. Jumpa ramai kawan. Kawan yg selalu dok telefon & dengaq suara saja...dah bersua muka hari ni. Dan satu lagi... dpt. jumpa Kak Norli.

06 January 2011

Birthday Boy


Birthday boy. Kemarin hari jadi Naufal. Lepas maghrib pi McDonald di Juru Autocity. Buat jugalah kek. Orange butter cake sajalah yang sempat buat. Terlupa snap gambaq. Dah siap potong baru teringat.

02 January 2011

Ayam Percik Lada Hitam


Hari ni masak ayam percik lada hitam untuk lunch. Menu ni memang menjadi favourite anak2. Dah second time buat. Memang sedap......Dapat resepi dari blog rinchan. Resepi asal dari Chef Hanieliza. Tenkiu buat pemilik resepi.